Tuesday, November 9, 2010

bertambah satu tahun

talking about age..biler bertukar tahun maka bertambahlah lagi satu umur. persoalannya, apa yang telah dicapai berdasarkan current umur. kepuasan apa yang dapat dinikmati. kesedihan apa yang perlu diharungi. cabaran apa yang perlu dihadapi. semua menilai..tapi genuine ker penilai tu. perkara ini terlalu subjektif, kayu pengukurnya adalah diri sendiri. yang penting, we have to be a better person. good in everything, human interaction, religion etc. cause it does matter. it'll effect your life in the future.

bila berjumpa teman2 lama, mesti ada yang bertanya; dah kahwin . jawabnya belum. dah ada anak. jawabnya belum. dah ada kereta. jawabnya belum. segala2 yang berkisar dengan kehidupan kita pasti akan menjadi perhatian dan pertanyaan orang. oleh itu, just be your self and try to be humble and low profile. but for those yg bertanya seolah-olah memperkecilkan kemampuan kita, bagi aku tiada salahnya kalau kita cuba mempertahankan diri kita dengan menunjukkannya secara halus tanpa mengeluarkan sebarang kata, biarkanlah orang itu menilainya sendiri.

maka jadilah manusia yang sederhana, melakukan apa yang wajib dilakukan mengikut kemampuan kita, jadilah hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah, bersabar dengan segala dugaan-Nya. berbuat baik sesama manusia, panjangkanlah sedekah kepada yang memerlukan. mengasihi dan menyayangi mereka yang memerlukan serta ikhlas dalam melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. kerana semua itu hanya Allah yang layak menilainya. namun janganlah kita lupa mempertahankan hak kita, kerana mempertahankan hak yang telah diamanahkan kepada kita adalah wajib.

entri ini hanya sekadar luahan dan nasihat untuk diri aku.

No comments:

Post a Comment