Sunday, February 27, 2011

anak (dara) pak cik ... credit to aidil khalid, shah alam, selangor

membaca paper di pagi minggu selepas menggoreng sukun untuk santapan pagi .. ku belek setiap helaian .. ku kupas isi setiap perkataan yang tertera di dadanya .. aku tertarik dengan puisi ini ... fikir-fikirkan

tarikh: 27 Febuari 2010, ahad
akhbar: berita minggu
nukilan: aidil khalid, shah alam selangor

anak (dara) pak cik

Anak muda jangan tak tahu:
anak pak cik, kulitnya gebu
rambut panjang beralun ayu
kening pantis indah berseri
bibir meranum harumnya kasturi
dagu meruncing cantik sekali.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Anak muda, mari ke mari:
anak pak cik pelajarannya tinggi
lulusan dari luar negeri
menjabat jawat sebuah agensi
pintar memasak juga mencuci
di pejabat mengarah itu ini
di rumah santun jadi suri.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Anak muda, sini dengarkan:
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
di dapur amatlah mahir, di kamar masih amatur.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Lapan belas ribu ringgit,
sebagai hantaran serba satu
kalau tak mampu sekali lau
boleh dibayar beransur-ansur.

+mahukah anak muda kepadanya?
- bolehkah dikurangkan sedikit.

Dengar sini anak muda, sini dengarkan:
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
di dapur amatlah mahir, di kamar masih amatur.
Tidak boleh dikurang-kurang,
begitu sudah harga pasaran.

+ mahukah anak muda membelinya?