Tuesday, July 12, 2011

words from my mouth .. which makes my husband laugh

ayat-ayat yang keluar dr mulut aku secara spontan yang selalunya jadi modal gelak
  1. india susah nak cari kelantan >> ayat yang aku nak cakap ... susah nak cari orang india kat kelantan
  2. kelang kat klang mulah >> ayat yang aku nak cakap ... kerang kat klang murah
  3. masukkan dalam peti sejuk >> situasi .. hubby tanya mana nak simpan buku
  4. aaaammmmmeeeeriiiicaaaaa >> sepatutnya already gone .... heheheheh
  5. simpan mata kat tangga ... situasi .. adik aku tidur dengan spek aku nak suruh dia buka spek
ayat-ayat ini akan sentiasa bertambah ...

Sunday, February 27, 2011

anak (dara) pak cik ... credit to aidil khalid, shah alam, selangor

membaca paper di pagi minggu selepas menggoreng sukun untuk santapan pagi .. ku belek setiap helaian .. ku kupas isi setiap perkataan yang tertera di dadanya .. aku tertarik dengan puisi ini ... fikir-fikirkan

tarikh: 27 Febuari 2010, ahad
akhbar: berita minggu
nukilan: aidil khalid, shah alam selangor

anak (dara) pak cik

Anak muda jangan tak tahu:
anak pak cik, kulitnya gebu
rambut panjang beralun ayu
kening pantis indah berseri
bibir meranum harumnya kasturi
dagu meruncing cantik sekali.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Anak muda, mari ke mari:
anak pak cik pelajarannya tinggi
lulusan dari luar negeri
menjabat jawat sebuah agensi
pintar memasak juga mencuci
di pejabat mengarah itu ini
di rumah santun jadi suri.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Anak muda, sini dengarkan:
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
di dapur amatlah mahir, di kamar masih amatur.

+mahukah anak muda kepadanya?
- mahu.

Lapan belas ribu ringgit,
sebagai hantaran serba satu
kalau tak mampu sekali lau
boleh dibayar beransur-ansur.

+mahukah anak muda kepadanya?
- bolehkah dikurangkan sedikit.

Dengar sini anak muda, sini dengarkan:
anak pak cik tak calang-calang
rupanya elok, parasnya pun elok
pelajarannya baik, pekertinya pun baik
pekerjaannya tinggi, hemahnya pun tinggi
di dapur amatlah mahir, di kamar masih amatur.
Tidak boleh dikurang-kurang,
begitu sudah harga pasaran.

+ mahukah anak muda membelinya?

Wednesday, December 8, 2010

entry for my lil niece n nephew

this is my 2nd time .. berjumpa dgn my lil niece n nephew..cuba berkenalan dgn lebih rapat.. 1st time berjumpa ..masa tu thoriq still small bout 1 year plus while umairah 2 years plus..klia airport menjadi saksi pertemuan..sebab masa tu mie, abg jamal, umairah n thoriq akan berangkat ke york..bebudak ni tak kenal lagi pun mak andak..heheheh..well..october 2010...at 1st we all semua memang pemalu..n as time goes by...we spend some time chit chatting ... watching n playing games together ... holding hands together ... berlarian-larian mengejar itik2 bijak di york..ahaks....love both of you .. enjoy the pics below dearie ..

Friday, December 3, 2010

beras oh beras



on the way ke maha .. laluan melalui elite highway exit d usj hicom .. the interesting part..tgh tunggu kat trafik light nak menghala ke puchong .. suddenly ada van (quite uzur) dr sebelah kanan menghala ke hicom dgn penumpang dalam 5 peoples .. membawa barangan dari pasar agaknya .. berjalan.. tiba2... pintu belakang van terbuka ..menyebabkan 3 kampit beras 10 kilo terjatuh..still the driver tak perasan n terus proceed .. bile dia sedar .. they try to stop in the middle of the road.. tp berubah fikiran ..p depan sket park kat tepi .. n turunlah 2 pembantunya... old malay ladies .. beras tu pula menjadi kon bg semua kenderaan.. semua kenderaan cuba mengelakkan beras2 tersebut.. yet ada few kenderaan yg melanggar beras2 itu.. menyebabkan beras tu bocor .. the ladies at the same time .. tried to stop the traffic ... n they just go to the middle of the road and pick up the beras .. n beras tu pun di bawa masuk ke kenderaan dgn trail of beras terjatuh dr kampit ... the question

1. susahnya nak cari rezeki ... menggunakan segala apa yg ada memastikan rezeki tak terlepas begitu saja
2. yet .. a few people tak memikirkan langsung tentang keselamatan diri n pengguna jalan raya
3. aku bercerita tp terlupa nak ambik gambar..padahal..kamera dah ada kat tangan

fikir-fikirkan

Thursday, December 2, 2010

biler seorang lagi adik melangkah ke satu stage of life

21 november 2010 selepas asar ... majlis pertunangan antara hj usop dan hanum ... the new members to be of late hj manaf's family ... insya-allah next year ... february tak pun march ... tinggal giliran duan n aton ...majlis berjalan dgn lancar .. cuaca cantik..discussion yg simple..tak perlu bermadah pujangga..hanya menyatakan apa yang tersirat di dalam hati... makanan alhamdulillah sedap..n ias the photographer of the day just behind the scene ... sebab saya ni pemalu orangnya...hehehh..anyway buat usop n hanum..selamat menjalani tempoh bertunang .. moga sentiasa d berikan kesabaran yg tinggi .. moga bakal menjadi pasangan yang bahagia dan saling melengkapi ...


apabila abg li mengarang pembuka kata ...practise abg li..got 5 more to go


inilah cincin pengikat si dara bernama hanum kepunyaan usop


k.nana n abg li as the elders of Manaf's family


mana abg jamal...


adik n asyraf berposing


wajah2 ahli rombongan .. k.umi tak sampai lagi


here she comes... the ring bearer


ida .. safiya n afiq (d guy yg tertinggal)


inilah rumah arwah hj. zar .. bapa si hanum .. sebelah surau usop selalu gi


sesi discussion ...


jari manis tersarung cincin .. tp mcm mana rupanya


inilah dia.. si dara pujaan ...belakang tulah abangnya ..kawan abg abu


itulah bakal bonda usop


2 generation of the late's haji manaf


tahniah .. jgn susah hati dah..dah ada kawan nak ajak jalan2

Wednesday, November 10, 2010

sakit hati

aku br je balik bercuti on 30/10/2010.. and i took 8 days from my annual leave..since next week is raya haji..kebetulan laki aku ader..kiteorg ingat nak celebrate kat kuantan..so last week aku dah hantar application form .. yg sedihnya cuti aku tak diluluskan..aku ambik cuti 2 hari jer ..kames n jumaat..n aku ambik dr annual leave aku..reason being..last month aku dah cuti..come onlah..aku bengang gila...dahlah raya posa aku tak ambik.. raya haji..aku x leh nak celebrate .. ape hal..beb..

Tuesday, November 9, 2010

bertambah satu tahun

talking about age..biler bertukar tahun maka bertambahlah lagi satu umur. persoalannya, apa yang telah dicapai berdasarkan current umur. kepuasan apa yang dapat dinikmati. kesedihan apa yang perlu diharungi. cabaran apa yang perlu dihadapi. semua menilai..tapi genuine ker penilai tu. perkara ini terlalu subjektif, kayu pengukurnya adalah diri sendiri. yang penting, we have to be a better person. good in everything, human interaction, religion etc. cause it does matter. it'll effect your life in the future.

bila berjumpa teman2 lama, mesti ada yang bertanya; dah kahwin . jawabnya belum. dah ada anak. jawabnya belum. dah ada kereta. jawabnya belum. segala2 yang berkisar dengan kehidupan kita pasti akan menjadi perhatian dan pertanyaan orang. oleh itu, just be your self and try to be humble and low profile. but for those yg bertanya seolah-olah memperkecilkan kemampuan kita, bagi aku tiada salahnya kalau kita cuba mempertahankan diri kita dengan menunjukkannya secara halus tanpa mengeluarkan sebarang kata, biarkanlah orang itu menilainya sendiri.

maka jadilah manusia yang sederhana, melakukan apa yang wajib dilakukan mengikut kemampuan kita, jadilah hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah, bersabar dengan segala dugaan-Nya. berbuat baik sesama manusia, panjangkanlah sedekah kepada yang memerlukan. mengasihi dan menyayangi mereka yang memerlukan serta ikhlas dalam melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. kerana semua itu hanya Allah yang layak menilainya. namun janganlah kita lupa mempertahankan hak kita, kerana mempertahankan hak yang telah diamanahkan kepada kita adalah wajib.

entri ini hanya sekadar luahan dan nasihat untuk diri aku.